Replying to the comments from a Muslim
May 17th, 2008 by lilian
I have a few comments which I am going to try to give my views as an individual. It is strictly based on my limited knowledge but it is not done in haste nor without thoughts.
Lilian, Allah itu Satu, tiada dua atau tiga…hanya Allah yang berhak disembah, bukan Jesus Al-Masih [Isa Al-Masih] atau Mary [Mariam], kata Faizan, kalau Kristian hendak gunakan nama Allah dalam upacara keagamaan, kenapa tidak memeluk Agama Islam? memang tepat pandangan yang Faizan beri,…tapi macam mana dengan Kristian? Ianya satu perubahan yang agak drastik dan mungkin mendatangkan kacau bilau apabila penganut Kristian yang taksub membuat bantahan. Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui segala sesuatu kejadian itu.
Saudara,
Saya memang setuju Tuhan itu hanya Satu.
Orang Katolik Kristian TIDAK menyembah Mariam. Kami cuma menghormati beliau, seperti mana kita menyanyangi ibu kita.
Tuhan mencipta kita dengan pemikiran bebas (free will). Itu lah punca Adam dan Hawa mengambil buah larangan dan justeru itu, membiarkan api neraka membakar.
Dan mengikut kepercayaan penganut Kristus, Yesus adalah Anak Tunggal yang dilahirkan oleh Maria.
“Hai Yusuf, keturunan Daud! Janganlah takut peristeri Maria. Dia mengandung kerana kuasa Roh Allah. Maria akan melahirkan seorang anak lelaki. Anak itu akan dinamakan Imanuel.” (Matius 1:20-21, Alkitab) (Emmanuel = Jesus)
Saudara,
Ini adalah asas kepercayaan orang Kristian dan ini adalah muktamad untuk kami semua.
Agama Islam adalah agama yang telah sempurna yang kedatangannya selepas agama yang dibawa oleh Nabi Isa [yang sekarang dikenali dengan nama AGAMA KRISTIAN]. Nabi Isa adalah perantara antara umat manusia dengan Tuhan. Allah memberikan mukjizat yang hebat kepada Nabi Isa seperti mampu bercakap walaupun masih di dalam buaian, menyembuhkan orang buta dan mencipta burung dari tanah. Penggunaan nama Allah bukan baru sahaja digunakan di dalam agama Kristian, bahkan ianya memang digunakan dari awal kedatangan agama Kristian. Kitab yang menjadi rujukan para Mubaligh Kristian juga adalah Al-Quran. Tetapi ianya hanya untuk para Mubaligh Kristian. Bible yang tersebar secara meluas sekarang ini hanyalah kitab yang dipenuhi dengan pendapat ulama Kristian [Father]. Bible sekarang ini tidak boleh diakui kesahihannya lagi kerana ianya telah diubahsuai mengikut kesesuaian hidup pengamal Kristian. Dari situ terbentuk OLD TESTAMENT dan NEW TESTAMENT. Banyak percanggahan pendapat di antara kedua-dua kitab tersebut. Dan yang pasti, HANYA ALLAH YANG BERHAK DISEMBAH, TIADA TUHAN ANAK ATAU TUHAN BAPAK ATAU TUHAN IBU. Mariam mengandungkan Isa adalah dengan kehendak Allah. Nabi Isa [Jesus] yang penganut Kristian percaya telah wafat sebenarnya telah diangkat ke langit oleh Allah. Ini adalah kerana permintaan Nabi Isa sendiri untuk menjadi umat akhir zaman dan suatu hari nanti pasti Nabi Isa akan turun ke bumi semula untuk membetulkan keadaan. Dan ketika itu, semua salib [crucify] dan gereja akan dimusnahkan. Tunggu sahaja kedatangan hari yang dinantikan itu. Isu tentang Kristian di Malaysia hendak menggunakan nama Allah memang tidak sepatutnya timbul kerana ianya memang sudah digunakan. Jadi, carilah kebenaran selagi boleh. Carilah salinan Injil Barnaba’ yang satu masa dahulu telah dihapuskan oleh Paulus. Paulus, seorang yahudi yang telah berjaya memesongkan kitab Injil dan keseluruhan penganut Kristian sekarang ini.
Saudara
Sekali lagi saudara membangkitkan ‘Tuhan Ibu’. Dan sekali lagi, saya ingin memperbetulkan bahawa orang Katolik Kristian hanya menyembah Tuhan yang Satu, walaupun kami menyembahNya dalam bentuk Holy Trinity. Saya tidak menafikan bahawa di dunia ini, memang ada macam-macam pengajaran yang terpesong. Walau bagaimanapun, itu merupakan kehendakan pengikut-pengikut mereka dan bukan untuk kami perbetulkan kerana seperti yang kami fahami, Tuhan memberikan kita kehendak yang bebas dan adalah terpulang kepada kehendak Tuhan samada ajaran itu menggalakan pengikut-pengikut itu berbuat pahala atau sebaliknya.
Bible sekarang ini tidak boleh diakui kesahihannya lagi kerana ianya telah diubahsuai mengikut kesesuaian hidup pengamal Kristian.
Izinkan saya beri petikan dari Revelation atau Wahyu. Ini adalah perenggan terakhir.
“I warn everyone who hears the words of the prophecy of this book : If anyone adds anything to them, God will add to him the plagues described in this book. And if anyone takes words away from this book of prophecy, God will take away from him his share in the tree of life and in the holy city which are described in this book.” (Revelation 22:18-19)
Jadi, bagi kami penganut Kristian, apa yang tertulis di dalam Kitab Suci kami adalah firman dari Tuhan. Memang ada sedikit perbezaan tetapi, apa yang penting adalah kepercayaan kami mengikut Nicene Creed. Intepretasi Kitab Injil bukan sekadar membaca ayat-ayat yang ada di dalam tetapi mengikut pemikiran kita (wisdom and discernment) yang dikurnia Tuhan.
Kebetulan pagi ini saya telah diberikan peringatan dari surat Yakobus (Letter of St. James):
Lidah itu jahat dan tidak dapat dikuasai, serta penuh dengan racun yang mematikan. Kita menggunakan lidah untuk mengucapkan syukur kepada Tuhan dan Bapa kita, tetapi juga untuk mengutuk sesama manusia, yand sudah diciptakan menurut rupa Allah.
Jadi saya berharap segala penjelasan saya kepada saudara telah diberikan dengan penuh rasa hormat terhadap kepercayaan saudara mengikut agama Islam. Saya juga sangat berharap, saudara dapat menghormati pendapat saya. Walaupun, kita tidak bersetuju, tetapi biarlah kita bersyukur kita dapat hidup dengan aman.
Samada The Herald akan memenangi kes mahkamah untuk terus mencetak majalah The Herald dengan terma ‘Allah’ adalah terpulang kepada keputusan hakim. Tetapi yang tidak berubah, penganut Kristian terus mempercayaai kepada Tuhan, Yesus dan Roh Kudus.
Selama ini, memang terma Allah digunakan di dalam Alkitab Bahasa Melayu dan sebab ia tidak begitu menonjol mata adalah kerana orang Kristian lebih mengutamakan kedamaain dan kami memang tidak mengguna terma Allah dengan luas. The Herald adalah untuk orang Katolik sahaja. Isu Allah ini timbul apabila ahli politik-ahli politik memperalatkan isu ini untuk niat-niat yang tertentu.
Thanks for commenting and though what you have mentioned are not entirely agreeable to me, I do not feel there is anything to be concern because we can live peacefully, like God intended. Please know that I will always refer to my priest (paderi) if I really do not know how to respond. Whatever is written above is purely based on my own understanding of my Catholic faith and I hope I have not cause any ill feelings to you or anyone who reads this.
Peace be with you.
