Keratan berita dari Malaysiakini.
Gantung akhbar Kristian seperti tidak galakkan BM
Tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) menggantungkan penerbitan edisi Bahasa Malaysia akhbar Katolik Herald minggu lalu seolah-olah tidak menggalakkan mereka menggunakan bahasa kebangsaan, kata Pemuda Majlis Gereja Malaysia.
“Bukankah orang beragama Kristian di negara ini juga warganegara yang berhak dan patut digalak menggunakan bahasa kebangsaannya dalam segala urusan hariannya?
“Bahasa Malaysia adalah hak milik bersama,” kata setiausahanya, Daniel Chai.
“Sering kita mendengar seruan pemimpin-pemimpin negara kita agar rakyat Malaysia berbahasa Malaysia. Oleh demikian, Pemuda CCM berasa hairan atas larangan KDN ini.”
Dalam satu kenyataannya hari ini, Chai menyifatkan larangan kementerian sebagai “penindasan atau diskriminasi terhadap penganut Kristian yang berbahasa dan berbangsa Malaysia”.
Mingguan itu – diedarkan di kalangan 850,000 penganut Katolik di Malaysia – hampir ditarik balik lesen penerbitannya tahun lalu kerana menggunakan nama “Allah” sebagai terjemahan perkataan “Tuhan”.
Pihak berkuasa melarang perkataan “Allah” digunakan oleh Herald dengan alasan ia hanya boleh digunakan oleh orang Islam.
Penggantungan itu berkuatkuasa awal bulan ini sementara menunggu mahkamah memutuskan sama ada akhbar tersebut boleh menggunakan “Allah” atau sebaliknya.
Chai bagaimanapun menegaskan perkataan tersebut telah digunakan oleh penganut Kristian selama beberapa generasi, khususnya di Malaysia Timur, seperti istilah “Allah” yang digunakan di kalangan mereka di negara-negara Arab dan Indonesia.
“Kami meminta kerajaan Malaysia supaya menghentikan penindasan oleh KDN ini dan membatal larangan tersebut, demi kebebasan rakyat beragama Kristian,” katanya.
PENDAPAT SAYA
1. Perkataan Allah telah digunakan semenjak abad 1700 di dalam Alkitab. Rujuk di sini.
2. Akhbar mingguan The Herald hanya dijual di gereja Kristian Katolik di Semenanjung Malaysia dan Sabah dan Sarawak. Ini bermakna, bukan semua orang beragama Kristian dapat membeli akhbar mingguan ini kecuali mereka yang mengamal agama Roman Katolik.
3. Penggunaan perkataan Allah adalah terhad kepada Tuhan Allah. Di dalam Alkitab, Jesus bukan Allah. Cuma ahli politik dan sekumpulan orang yang cuba mengelirukan semua orang. Rujuk di sini.
4. Asal-usul nama Allah (oleh Farish Noor)